Social
179

Pembakaran sampah punca 4 kenderaan hangus

George Town – Empat buat kenderaan dilaporkan hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Taman Bukit Gedung, Bayan Baru di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 2.10 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bergegas ke lokasi

“Ketika tiba, bomba mendapati sebuah kereta dan sebuah van terbakar keseluruhan, manakala dua buah kereta terbakar 30 peratus.

“Kejadian itu dipercayai berpunca pembakaran berhampiran lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu