Social
250

Pembantu kedai ditahan liwat remaja 14 tahun

Kota Kinabalu – Polis menahan seorang pembantu kedai warga Pakistan kerana disyaki meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Suspek berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis jam 11.17 pagi Selasa lalu, susulan laporan dibuat oleh keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 10.25 pagi apabila mangsa ke kedai runcit tempat suspek bekerja untuk membeli minuman di pekan Telipok di sini pada 5 Mac lalu.

Katanya, ketika hendak membayar suspek memujuk mangsa masuk ke bahagian kaunter dan meminta mangsa memegang kemaluannya.

“Suspek kemudian membuka seluarnya dan meliwat mangsa.

“Selepas selesai, suspek memberikan minuman dan wang RM5 sebagai ganjaran, sebelum mangsa pulang ke rumahnya,” katanya di sini, hari ini.

Habibi berkata, mangsa kemudian menceritakan mengenai kejadian itu kepada ahli keluarganya, sebelum membuat laporan polis pada 8 Mac lalu.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu