Social
277

Pembantu perubatan mengaku tak bersalah

Tanah Merah – Seorang pembantu perubatan klinik kerajaan mengaku tidak bersalah memandu kereta secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua penunggang motosikal manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di Jeli, Jumaat lalu.

Tertuduh Zurailie Muhamad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasruddin Mohamed di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Zurailie didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 87, Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik di Jeli pada jam 11.11 pagi pada 10 Sept lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 338/87) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 serta tidak lebih RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Mazuin Che Mahmood manakala Zurailie tidak diwakili peguam.

Mazuin menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap Zurailie dan dia bagaimanapun tidak membuat sebarang rayuan.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 1 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Zurailie membayar jaminan tersebut, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu