Politics
219

Pemilihan UMNO sebelum PRU15 boleh cetus keretakan, pecah-belah parti : Najib

Kuala Lumpur – Pemilihan Umno sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian Umno Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan Umno dengan cara sedemikian.

“… dia (parti lain) akan tunggu pemilihan dalam Umno, jadi serpihan daripada mereka yang kalah itu akan dipelawa atau dipujuk atau ditawar untuk masuk parti mereka,” katanya kepada pemberita selepas ucaptama bagi majlis penutup Forum Demokrasi Malaysia: Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia di sini semalam.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian sebagai mengulas gesaan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mahu pucuk pimpinan Umno agar mengadakan pemilihan parti itu dengan segera bagi menyelesaikan kemelut dalamannya.

Khairy berkata pemilihan seharusnya dijalankan tahun ini tanpa perlu menunggu selepas PRU yang akan datang. ― Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu