Social
178

Pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ ditahan

Kuala Lumpur – Polis menahan pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ semalam, berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya akan memohon reman terhadap individu terbabit pagi ini.

“Beri masa kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Semalam, perbuatan itu dikatakan berlaku ketika pemilik akaun Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama ‘pipinatasha’ dan dua kanak-kanak bawah umur.

Pengguna Instagram ‘pipinatasha’ juga didakwa berpakaian seksi selain bersama ‘safieyillias94’ menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu