Social
1K

Pemilik kedai gunting rambut dikompaun RM10,000

Jempol – Tidak tahu masa perniagaan sudah berubah antara alasan diberi seorang pemilik kedai gunting rambut di Bahau, di sini, sebelum dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata pemeriksaan anggota polis jam 8.10 malam tadi mendapati, pemilik premis itu masih menjalankan operasi perniagaan melebihi masa dibenarkan iaitu sehingga jam 8 malam saja.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dua pelanggan turut berada di dalam kedai dengan seorang daripadanya sedang menunggu giliran untuk menggunting rambut.

“Selain pemilik premis berusia 40 tahun, dua pelanggan masing-masing berusia 19 tahun turut dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

“Apa saja alasan diberikan, semua aktiviti perniagaan dibenarkan sehingga jam 8 malam saja,” katanya di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, pihak polis akan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan peniaga mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – BH Online

Tags: , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu