Nation
394

Pemilik, pekerja restoran dinasihat makan di tempat tertutup

Kota Kinabalu – Pemilik dan pekerja restoran dinasihatkan supaya makan ditempat tertutup bagi mengelakkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan kompaun yang dikeluarkan sebelum ini adalah berikutan pemilik dan pekerja restoran berkenaan didapati makan di ruang terbuka secara beramai-ramai.

Katanya, ia memberi gambaran seperti makan secara ‘dine in’ di restoran sudah dibenarkan ataupun mungkin menimbulkan pelbagai persepsi negatif lain.

“Mereka sepatutnya makan dalam kumpulan kecil dan di tempat tertutup seperti bilik pekerja atau tempat yang tidak dapat dilihat orang ramai.

“Malah sebelum ini, kita mempunyai kes di mana beberapa individu yang dikesan makan di dalam sebuah restoran dikatakan sebagai kakitangan, namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati mereka sebenarnya pelanggan restoran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan pihak tertentu yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengeluarkan kompaun terhadap pemilik yang makan di restoran mereka.

Hazani berkata, kes yang dikesan sebelum ini ternyata sengaja dilakukan bagi mengaburi mata pihak keselamatan.

Katanya, SOP Covid-19 yang ditetapkan tidak membenarkan sesiapa saja termasuk pemilik dan pekerja restoran makan di tempat terbuka di dalam restoran.

“Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) menetapkan tiada makan secara ‘dine in’ dibenarkan di semua premis menjual makanan dan minuman.

“Ia bagi memastikan kita dapat melandaikan penularan Covid-19 yang semakin meningkat saban hari di negara ini,” katanya. – Harian Metro

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu