Social
125

Pemilik syarikat didakwa guna logo halal palsu

Kuala Lumpur – Seorang pemilik sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan menggunakan logo halal tanpa perakuan daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Jun lepas.

Teoh Sue Guat, 71, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Lelaki itu didakwa menjalankan perniagaan yang telah melanggar Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu menggunakan logo halal tanpa mendapatkan perakuan daripada JAIPk pada 26 bungkus kuetiau dan 11 bungkus mi jenama Angsana.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Angsana Kangsar, Kawasan Perindustrian Kuala Kangsar di sini pada 11 pagi, 22 Jun mengikut Perintah 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Nov untuk sebutan semula kes, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu