Social
203

Pemilik Tesla hilang RM60 bilion dalam sehari

London – Pemilik Tesla, Elon Musk bukan lagi manusia paling kaya di dunia selepas kehilangan AS$10 bilion (RM60 bilion) dalam tempoh sehari, lapor akhbar Daily Star.

Ia dikatakan berpunca daripada ciapannya di laman Twitter baru-baru ini mengenai harga Bitcoin.

Beliau berbalas ciapan dengan pakar ekonomi, Peter Schiff mengenai ciapannya yang menyifatkan Bitcoin sama teruk dengan wang fiat.

Wang fiat ialah terma bagi matawang dikeluarkan kerajaan yang tidak mempunyai nilai hakiki berbanding emas.

Menurut ciapan Musk: “Satu emel yang mengatakan awak ada emas tidak sama dengan awak benar-benar memiliki emas. Sama juga jika awak ada matawang kripto.

“Duit hanyalah data yang membolehkan kita mengelakkan kesusahan sistem barter. Data itu, seperti semua data, tertakluk kepada berapa lama ia dipendam dan kesilapan sistem.

“Sistem itu akan berubah dan meminimumkan kedua-duanya. Begitupun, (risiko) BTC dan ETH agak tinggi lol,” ciapnya.

Saham Teslo turun lebih 20 peratus baru-baru ini selepas syarikat itu melakukan pelaburan berisiko terhadap matawang tersebut.

Nilai matawang kripto juga telah turun hampir 20 peratus sejak Ahad lalu dan didagangkan rendah daripada AS$48,000 (RM194,011). – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu