Nation
228

Pemimpin DAP tiba di Istana Negara menghadap Agong

Kuala Lumpur – Pemimpin DAP tiba di Istana Negara, di sini, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Wakil parti itu adalah pemimpin yang ketiga menghadap Seri Paduka, selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih yang membawa pemimpin DAP dilihat tiba di Pintu Dua, Istana Negara, pada jam 1.57 tengah hari.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, dilihat berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Bagaimanapun, penumpang di tempat duduk belakang tidak dapat dikenal pasti berikutan cermin MPV itu gelap.

Namun, kenderaan terbabit dipercayai turut membawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu