Social
548

Pemimpin kumpulan pengganas paling dikehendaki dibunuh

Jakarta – Pemimpin kumpulan pengganas paling dikehendaki, Ali Ahmad atau Ali Kalora dilaporkan terbunuh dalam operasi ketenteraan di kawasan pergunungan di Astina, Sulawesi Tengah, lewat petang kelmarin, lapor Kompas.

Selain Ali Kalora, salah seorang anggota kumpulan itu, Jaka Ramadhan turut terkorban.

Ketua Polis Daerah Sulawesi Tengah, Rudy Sufahriadi berkata, mayat kedua-duanya akan dibawa ke Palu bersama barang bukti dikatakan bom.

Selain bom, barang bukti lain yang ditemukan berupa senapang M16, parang, gergaji dan 36 barang lain.

Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-Undang dan Keamanan, Mahfud MD mengesahkan mengenai kematian Ali Kalora.

Ali Kalora mengetuai sebuah kumpulan pengganas sejak 2016 yang didakwa terlibat dalam beberapa serangan di wilayah Poso, Sulawesi Tengah.

Kumpulan itu juga didakwa terlibat dalam pembunuhan dan pembakaran rumah di Sigi pada November tahun lalu.

Mereka juga didakwa me­lakukan serangan terhadap orang awam dan anggota polis di Poso dan Parigi Moutong.

Ali Kalora menggantikan Santoso sebagai ketua kumpulan berkenaan selepas Santoso ditembak mati beberapa tahun lalu.

Kumpulan itu menyatakan sumpah taat setia kepada pengganas Daesh.

Dengan terbunuhnya Ali Kalora dan Jaka Ramadhan, pihak berkuasa keselamatan masih memburu empat lagi saki-baki kumpulan berkenaan.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu