Nation
226

Pemimpin parti selesai menghadap Agong

Kuala Lumpur – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng antara pemimpin terawal keluar dari Istana Negara selepas sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlangsung kira-kira dua jam, lapor Utusan Online.

Difahamkan, semua ahli Parlimen diminta untuk mengemukakan satu surat akuan berkenaan calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Terdahulu,  media melaporkan, ketua parti telah tiba di Istana Negara setakat pukul 2 petang di sini hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir antara pemimpin terawal yang tiba pintu 2 Istana Negara.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu kemudiannya disusuli Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut hadir dalam sesi tersebut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu