Nation
256

Pemuda Gerakan buat laporan polis terhadap Guan Eng

George Town – Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Jurucakap Pemuda Gerakan negeri Mohd Aswaad Jaafar mempersoalkan kenapa Ahli Parlimen Bagan itu boleh hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 Sept lepas, sedangkan beliau diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

“Menurut peguam beliau, Lim perlu menjalani kuarantin kendiri pada 1 hingga 10 Sept dan tidak dapat menghadiri perbicaraan di mahkamah hari ini tapi mengapa beliau boleh menghadiri Sidang DUN pada 2 Sept lalu?”

“Kami membuat satu laporan polis berkenaan isu ini untuk meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia seumpama beliau tidak menghormati mahkamah,” katanya kepada wartawan selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan laporan polis itu dan berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam perbicaraan kes empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu telah diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 Sept depan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu