Nation
1K

Pemuda MIC kecam penahanan Syed Saddiq

Kuala Lumpur, 23 Mei 2021- Pemuda MIC mengecam tindakan pihak PDRM untuk menyiasat dan merampas telefon bimbit YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar berhubung satu kenyataan terkait insiden kematian dalam tahanan baru ini.

Menurut Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan, Saudara Theeageesh Ganesan sepatutnya PDRM menyiasat pegawai/anggota IPD Gombak, kerana kematian dalam tahanan berlaku di IPD Gombak bukan di rumah atau pejabat YB Syed Saddiq.

“Sampai ke hari ini PDRM belum memberi sebarang penjelasan berhubung kematian mendiang A.Ganapathy di IPD Gombak, biarpun laporan bedahsiasat kata wujud kecederaan serius padanya,” ujar beliau.

PDRM perlu siasat IPD Gombak terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadap wakil-wakil rakyat yang mengutarakan suara rakyat.

Theeageesh turut berkata tugas seorang Ahli Parlimen adalah untuk menyuarakan isu rakyat dan YB Syed Saddiq hanya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

PDRM tidak patut menyiasat seseorang Ahli Parlimen biar dari mana – mana parti sekali hanya kerana menyuarakan isu rakyat.

Pada 30 April 2021, Pemuda MIC telah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin mendesak satu siasatan yang bebas dan menyeluruh terhadap kematian A.Ganapathy serta untuk menggerakan semula usaha menubuhkan IPCMC.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu