Nation
1K
0

Pemuda PAS: Usaha capai pendamaian, elak provokasi – Kajendran

Kuala Lumpur- “Isu pencerobohan kuil di Alor Setar, Kedah baru-baru ini seharusnya dikendali dengan pendekatan yang lebih pragmatik. Rumah ibadat lebih setengah abadat itu sewajarnya diberikan tapak gantian dan proses pemindahan dilaksanakan berperingkat,” seru Saudara Kajendran Doraisamy, Ahli Majlis Tertinggi, Pemuda MIC Kebangsaan merangkap Penyelaras Parlimen Kota Raja.

Pencerobohan dan pemecahan kuil dan rumah ibadat perlu dihentikan segera di negara ini. Tindakan kita seharusnya selari dan berpaksikan perlembagaan dan prinsip Rukun Negara.

“Tambahan pula, kecetekkan pemikiran MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terserlah bila disoal isu pencerobohan kuil, beliau mengheret isu kesahihan MIC, mendakwa pemimpin MIC cuba mengapi-apikan isu perkauman dan menuduh mereka (pemimpin MIC) mengeluarkan kenyataan selepas mabuk’todi’.”

Tindakan MB Kedah jelas memaparkan yang beliau seorang yang biadab, angkuh dan kurang sensitif mengenai perasaan pemimpin MIC.

Pada bulan Julai, dua Menteri Persekutuan, Datuk Halimah, Menteri Perpaduan dan Datuk M Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Naib Presiden MIC Kebangsaan telah bertemu dengan MB Kedah dan berbincang mengenai isu perobohan kuil.

“Mengapa MB Kedah tidak menggotakan janji beliau kepada dua menteri tersebut dan masih berdegil mahu robohkan kuil tanpa sebarang perundingan?,” soal Kajendran.

“Saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perlakuan MB Kedah. Ini tidak selaras dengan kerjasama dan permuafakatan yang telah dipersetujui semasa kerjasama MIC dan PAS dimeterai.”

Saya juga menyeru Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir TS Haji Khairil Nizam Khirudin agar tidak celupar dan kurang ajar bila mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran mengenai penglibatan PAS dengan kumpulan pengganas.

“Saya yakin sebagai bekas Presiden Dewan Senat, Tan Sri Vigneswaran mengeluarkan kenyataan berasaskan fakta dan bukti kukuh. Sebagai peguam, beliau juga arif dengan selok-belok undang-undang dan tidak bertindak melulu.

Kami juga menyeru pemimpin Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kebangsaan agar jangan mengeluarkan kenyataan- kenyataan yang boleh menyinggung perasaan dan mengapi-apikan sentimen perkauman.

MIC bertanggung-jawab memelihara nasib kaum India di negara ini. Hanya ‘MIC’ lah satu-satunya tempat mengadu nasib kaum India.

“Salahkah MIC melindungi dan mempertahankan hak kaum India di negara ini?”, soal Kajendran.

“Dia (PAS) menggata yang bukan-bukan pada orang boleh, bila kita hentam balik, marah pula.”

Kami menyeru MB Kedah meminta maaf kepada pucuk pimpinan MIC dan mengadakan perbincangan segera untuk mengelakkan perobohan rumah ibadat di masa akan datang.

Usaha perlu dibuat demi mengekalkan hubungan silaturahim diantara PAS dan MIC. Satu konsensus perlu dicapai untuk memelihara dan menghormati perkara-perkara melibatkan rumah ibadat yang wujud di tanah kerajaan dan memelihara persefahaman diantara masyarakat majmuk di negara ini.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu