Nation
735

PEMULIH : Bantuan tunai langsung RM10 bilion

Putrajaya – Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri, berkata ia merangkumi bayaran tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM500 pada bulan depan seperti diperuntukkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan dan ia akan disalurkan secara berperingkat mulai esok.

Katanya, BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 pula akan dibayar pada September, termasuk membabitkan kes lulus rayuan.

“Secara keseluruhan, nilai BPR sehingga hujung tahun ialah RM4.9 bilion,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu