Nation
432

PEMULIH BUKTI KERAJAAN PERIKATAN SERIUS TANGANI PANDEMIK : PUVANITEN

PULAU PINANG’ 3 JULAI 2021 – Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion yang bertujuan mengutamakan kesejahteraan rakyat tidak harus diambil mudah oleh mana-mana pihak kerana bantuan ini merangkumi semua pihak tanpa meminggirkan sesiapa.

Ketua Biro Perpaduan Parti Gerakan, Puvaniten M. Helan Govan berkata “bantuan yang bertujuan membantu rakyat dalam berdepan penularan wabak COVID-19 ini haruslah dilihat secara serius sejauhmanakah Kerajaan Perikatan Nasional prihatin terhadap kebajikan dan kesusahan rakyat. Kita lihat bantuan bernilai RM11.9 bilion secara ‘one-off’ sudah disalurkan kepada 16.3 juta penerima melalui beberapa pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi susulan pandemik COVID-19, sehingga 23 Oktober lalu. Dari Pakej berkenaan ialah, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), dan Kerangka Inisiatif Tambahan (KITA PRIHATIN).”

Puvaniten turut menambah, “kita harus berterima kasih dengan Perdana Menteri dan sekarang tibalah tanggungjawab kita mendapatkan vaksinasi, mematuhi SOP yang ditetapkan di dalam Pelan Pemulihan dan juga bertanggungjawab menamatkan pandemik ini. Saya berasa tidak aka nada pihak yang akan bersusah lagi kerana bantuan kemudahan pengeluaran baharu daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra, dengan pengeluaran sehingga RM5,000, yang akan memberi manfaat kepada 12.6 juta ahli KWSP. Di samping itu, semua kategori B40, M40 dan T20 akan menerima manfaat moratorium automatik selama enam bulan akan turut diberikan kepada semua peminjam individu.

Pada masa yang sama, Puvaniten menekankan bahawa Majikan yang menerima bantuan harus membantu pekerja-pekerja mereka dengan memudahkan mereka mendapatkan kemudahan vaksinasi.

Turut menambah, Puvaniten berkata langkah Perdana Menteri memperuntukkan RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing adalah satu langkah terbaik untuk mengenalpasti penduduk-penduduk yang hidup bergelandangan di kawasan setiap parlimen.

“Setiap ahli Parlimen perlu bertanggungjawab mengenalpasti rakyat yang hidup susah di kawasan masing-masing. Kita tidak mahu setiap kisah rakyat yang mengalami tekanan akibat kehilangan pekerjaan sehingga ada kes yang terpaksa hidup di jalan atau membunuh diri setiap kali terpapar di platform-platform media sosial.”

“Setiap Ahli Parlimen perlu set up “Task force” untuk mengenalpasti kumpulan ini. Janganlah sekadar meletakkan barangan bakul makanan di pejabat masing-masing dan mengharapkan rakyat untuk datang mengambil. Mungkin, ada antara orang-orang kampung atau pedalaman yang tidak tahu berhubung dengan maklumat bantuan bakul makanan ini”.

Puvaniten berkata “ahli-ahli Parlimen harus mengenepikan ideology politik masing-masing dan harus bekerjasama dengan adun-adun yang lain tidak kira mana-mana ahli-ahli politik dan pembangkang. Agihan ini harus dilakukan secara saksama agar pemberian bakul makanan ini dilakukan secara adil dan saksama. Setiap ADUN haruslah hubungi ketua-ketua komuniti di kawasan anda untuk mendapatkan bakul makanan.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu