Nation
133

Pemulihan bekalan air di 5 kawasan Hulu Langat capai 60%

Kuala Lumpur – Pemulihan bekalan air di lima kawasan terjejas di Hulu Langat sehingga 12 tengah hari ini mencapai 60 peratus keseluruhan, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Dalam kenyataan hari ini, Air Selangor memaklumkan kawasan tersebut melibatkan Bandar Sungai Long (SL 6, 9, 10, 11), Taman Bukit Palma dan Bandar Mahkota Cheras (Jalan Putera, Jalan Puteri, Jalan Bendahara, Jalan Mahkota) yang kini 100 peratus pulih.

Selain itu, peratusan pemulihan bekalan air di Green Park Residence mencapai 50 peratus manakala di Balakong 19.7 peratus.

Menurut kenyataan itu, ia susulan kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual bagi penggantian injap di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines semalam.

Katanya, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor turut menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

“Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu