Nation
677

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN PTPK : KSM

Kuala Lumpur, 1 Julai ‘21 – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) secara bersasar selama tiga (3) bulan kepada peminjam yang layak. Ini berikutan terdapat peminjam PTPK yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan masih belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, penangguhan ini akan melibatkan pembayaran balik pinjaman sejumlah RM35.3juta dan memberi manfaat kepada 89,730 bilangan akaun. Sebelum ini, PTPK telah melaksanakan tiga kali penangguhan bayaran balik yang memberikan manfaat kepada 179,000 bilangan akaun berjumlah RM220 juta.

KSM amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan serta kesukaran hidup yang dihadapi oleh sebilangan peminjam PTPK yang bekerja dengan syarikat/majikan yang terpaksa memberhentikan operasi sepenuhnya atau sebahagiannya yang menyebabkan pemberhentian pekerja, dibayar separuh gaji, dibuat pemotongan gaji dan diberi Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji (CTG).

KSM berharap penangguhan bayaran ini yang juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPK.

Peminjam PTPK yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui borang penangguhan yang boleh diisi di laman sesawang PTPK mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu