Politics
147

Penangguhan pemilihan UMNO dibuat secara teratur : Ahmad Maslan

Kuala Lumpur – Penangguhan pemilihan UMNO bagi penggal 2021/2023  seperti diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti sebelum ini telah dibuat secara teratur, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi surat yang diterima daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Jasri Karim lewat petang semalam.

Sebelum ini, keputusan UMNO menangguhkan pemilihan jawatan parti itu di semua peringkat iaitu cawangan, bahagian dan MT pada tahun ini didakwa sebagai tidak sah.

Ahmad Maslan berkata sehubungan itu, pemilihan jawatan UMNO untuk MT, bahagian dan cawangan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kepada RoS sebelum 29 Dis 2022.

Bagaimanapun, katanya mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung (tanpa pemilihan) dengan kehadiran satu perempat kuorum masih perlu diadakan pada tahun ini dengan tarikh akan dimaklumkan kemudian, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu