Nation
1K

Pencapaian SPM 2020 meningkat

Petaling Jaya – Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan adalah 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pencapaian calon SPM 2020 meningkat iaitu perbezaan 0.06 berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 hari ini. — Utusan Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu