Nation
232
0

Pendaftaran vaksin COVID-19 untuk rakyat dibuka tidak lama lagi

Kuala Lumpur – Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia akan dibuka tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya setiap individu akan menerima dua dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu.

“Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan kad yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan.

“Ini bagi memastikan mereka yang telah disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari,” katanya semasa menjadi tetamu program Bicara DR di RTM 1 malam tadi.

Dr Adham bagaimanapun tidak berkongsikan tarikh pendaftaran akan dibuka.

Pada masa sama beliau menegaskan penerima vaksin tetap perlu mengamalkan norma baharu bagi memastikan perlindungan optimum.

Ini kerana katanya matlamat utama imunisasi COVID-19 ialah bagi melindungi petugas barisan hadapan, mengurangkan kematian, membentuk imuniti kelompok dan seterusnya memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

Malaysia dijadualkan menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada akhir Februari ini dan telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu