Social
668
0

Pendakwah selebriti akan ditahan polis PJ pula

Petaling Jaya – Polis daerah ini akan menahan pendakwah selebriti berhubung kes rogol dan cabul di sini, hari ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap individu berkenaan susulan dua laporan di daerah ini.

“Polis daerah Petaling Jaya akan memohon reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan terbabit,” katanya.

Pendakwah selebriti yang disyaki merogol seorang wanita, September tahun lalu ditahan di Shah Alam minggu lalu sebelum direman lima hari bagi membantu siasatan.

Polis menerima dua lagi laporan polis terhadap pendakwah selebriti berusia 25 tahun itu.

Laporan terbaharu diterima 6.28 petang 31 November lalu daripada guru berusia 22 tahun yang mendakwa dirogol suspek.

Kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 377C, Seksyen 354 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu