Social
248

Penganggur bunuh anak kekasih dihukum mati

Kangar – Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki kekasihnya yang berusia enam tahun pada 2018.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Arik Sanusi Yeop Johari menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraizuwan Hamali, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah selain terdapat keraguan dalam pembelaannya.

Noraizuwan didakwa membunuh Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan di sebuah rumah di Jalan Arau, Lorong Chempaka, Kampung Jejawi, dekat sini antara jam 3.45 petang 18 April 2018 dan 12.10 tengah malam 19 April 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam Rafidi Mohamad, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu