Social
280

Penganggur didakwa bunuh ibu bapa, dirujuk ke hospital

Kuala Lipis: Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh ibu dan bapa kandungnya, minggu lalu.

Tertuduh, Ahmad Hafizuddin Mohammad, 31, mengangguk faham terhadap pertuduhan ketika dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bapanya, Mohammad Maasai, 68, dan ibunya, Zailan Zainudin, 64, di sebuah rumah di Kampung Kemahang Benta, di sini antara 11 malam hingga 12 tengah malam pada 4 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding berkenaan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh memohon agar tertuduh dirujuk ke hospital, bagi menjalani pemeriksaan psikiatri untuk menilai tahap kesihatan mentalnya.

Berikutan itu Siti Aisyah membenarkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai di Johor bagi menjalani pemeriksaan dan menetapkan 11 November untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, sepasang suami isteri warga emas maut dipercayai ditetak anak lelaki mereka dengan menggunakan parang dan kejadian didakwa berlaku selepas lelaki itu berbual bersama bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu