Nation
684

Penganjur program bantuan bank makanan tidak mohon kebenaran : Polis

Ipoh – Penganjur program bantuan bank makanan di sebuah restoran di Taman Canning, di sini, didapati tidak memohon kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta untuk menganjurkan program amal itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pergi ke restoran berkenaan selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Kami berjaya mengawal pengunjung supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP), terutama dari segi menjaga penjarakan fizikal dan kerja amal itu diteruskan oleh penganjur.

“Laporan polis sudah dibuat terhadap pemilik premis restoran terbabit. Justeru, siasatan dijalankan dan kes dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk siasatan lanjut,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, tular di laman Twitter mengenai rakaman video suasana di sekitar restoran itu yang menjadi tidak terkawal disebabkan kehadiran orang ramai yang datang dan dilihat melanggar SOP untuk mendapatkan bantuan bank makanan yang disediakan.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu