Nation
344

Penganjur program Najib dikompaun RM4,000, Muhyiddin RM20,000

Kuala Lumpur – Dua tawaran kompaun bernilai RM20,000 dan RM4,000 telah dikeluarkan kepada penganjur melibatkan program dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan akhbar memaklumkan, tawaran kompaun bernilai RM20,000 ditawarkan kepada Perikatan Nasional Melaka sebagai penganjur perhimpunan yang melibatkan kehadiran Muhyiddin.

“Satu lagi tawaran kompaun bernilai RM4,000 telah dikeluarkan kepada individu yang bertindak sebagai penganjur program dihadiri oleh Najib. “Kedua-dua kompaun ini dikeluarkan berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, tawaran kompaun itu berdasarkan pemantauan dan siasatan dijalankan oleh pegawai diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu