Nation
281
0

Penganut agama Hindu di Kedah marah dan kecewa dengan pembatalan cuti Thaipusam- Dr. Novalan

Alor Setar – Tindakan Menteri Besar Kedah, yang membatalkan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam tahun ini dengan alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menimbulkan rasa kekecewaan dan kemarahan di kalangan penganut Hindu di Kedah secara khusus dan Malaysia secara amnya, menurut Dr. T. Novalan, Ahli Exco MIC Kedah.

“Selepas enam dekad merdeka, kita masih berhadapan dengan isu-isu seperti ini .Dalam masyarakat majmuk di Malaysia, isu keagamaan sering menimbulkan rasa kurang senang dan kekecewaan antara pihak yang terlibat. Ia bersifat sensitif lantaran kaitan eratnya dengan asas keagamaan dan kemanusiaan.”

“Sambutan Thaipusam merupakan cuti peristiwa untuk Negeri Kedah sejak 2014.
Walaupun negara dalam perlaksanaan PKP , ini tidak bermakna sambutan Thaipusam tidak boleh diraikan. Perayaan ini bukan tertumpu kepada berpesta atau mengunjungi rakan-rakan mahupun ahli keluarga tetapi lebih kepada menunaikan sembahyang dan membayar nazar,” ujar beliau.

“Dalam tempoh pandemik Covid 19, setiap perayaan tidak terbatal kerana setiap perayaan mempunyai nilai tersendiri bagi sesuatu kaum. Perayaan masih berjalan seperti biasa dengan mematuhi SOP dan peraturan yang sedia ada,” kata Dr. Nova.

Kerajaan Pas di Kedah seharusnya lebih peka ketika membuat sesuatu keputusan yang melibatkan sensitiviti kaum demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“DHPP yang majoritinya beragama Hindu harus memberi nasihat yang betul berkaitan kepentingan dan tujuan sambutan Thaipusam kepada Menteri Besar Negeri Kedah.
Mereka harus peka mempertimbangkan sensitiviti dan kepentingan setiap kaum di Negeri ini,” saran beliau.

Dr. Nova juga berpendapat beberapa peristiwa yang telah berlaku di Negeri Kedah sejak kebelakangan ini , memberi gambaran negatif terhadap Kepimpinan negeri sebagai agen penting dalam memupuk perpaduan dan menjaga hak asasi keagamaan setiap rakyat di Negeri Kedah.

“Peristiwa sebegini boleh menjejaskan keraguan masyarakat India terhadap peranan Kepimpinan politik negeri Kedah sebagai institusi politik penting yang bukan hanya terbaik untuk memupuk perpaduan kaum tetapi juga menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadapnya.”

“Berpegang kepada prinsip rukunegara kepercayaan kepada Tuhan , meminta Menteri Besar Negeri Kedah untuk merangka dasar-dasar yang lebih progresif dan sistematik untuk menangani isu sensitiviti seperti ini serta turut meminta Menteri Besar Kedah untuk mengaji semula keputusan pembatalan cuti peristiwa Thaipusam di Negeri Kedah,” ujar beliau.

“Ahli ahli DHPP yang terutamanya kaum India , harus bertimbang rasa dan peka terhadap isu isu yang sensitif yang melibatakan kepercayaan sesuatu kaum.”

“Kita harus menjadi rakyat kebanggaan negara, bukan yang meruntuhkan, pembina bukan perosak dan penyatu bukan pemecah. Budayakan perpaduan, raikan kepelbagaian,” saran Dr. Nova.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu