Social
265
0

Pengarah agensi kerajaan ditahan cabul staf sendiri

Klang – Polis menahan seorang pengarah sebuah agensi kerajaan semalam selepas disyaki mencabul kakitangan dalam kejadian di Pelabuhan Klang di sini pada Selasa lalu.

Suspek berusia 35 tahun ditangkap pukul 9 pagi tadi selepas dipanggil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira 9 pagi.

Menurut sumber, mangsa berusia 29 tahun dicabul selepas menyelesaikan urusan kerja rasmi di pejabatnya kira-kira pukul 2 pagi.

Kata sumber lagi, suspek bertindak mengancam termasuk menampar wanita terbabit ketika ingin mencabul kehormatannya.

“Selain itu, suspek juga mengugut akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya mangsa membuat laporan polis.

“Mangsa bagaimanapun membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran selepas kejadian itu,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu