Social
151

Pengarah syarikat didakwa palsu dokumen pembaharuan lesen milik syarikat minyak & gas

Kuala Lumpur – Seorang pengarah sebuah syarikat kejuruteraan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen bagi pembaharuan lesen daripada sebuah syarikat minyak dan gas, empat tahun lepas.

Mohd Yusof Ab Rahman, 55, Pengarah syarikat Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di Menara Berkembar Petronas di sini, pada 26 April 2018.

Dia dituduh menggunakan sebagai tulen dokumen ‘Annual Return Of A Company Having A Share Capital Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd Tahun 2017’ bertarikh 19 Mei 2017 yang dilampirkan sebagai dokumen sokongan bagi permohonan pembaharuan lesen ‘Standardised Work & Equipment Categories (SWEC)’ syarikat.

Dokumen itu menyatakan dia bukan pemegang amanah bagi pegangan saham syarikat Aker Engineering Malaysia untuk permohonan pembaharuan lesen SWEC melalui Enterprise Buyer Portal, milik syarikat minyak dan gas itu yang tertuduh ketahui dokumen tersebut adalah palsu kerana dia adalah pemegang amanah syarikat tersebut untuk pegangan saham berkenaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Law Chin How menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan jumlah jaminan itu tidak dibantah oleh peguam S.Devanandan, yang mewakili Mohd Yusof.

Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Feb ini untuk sebutan semula kes, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu