Nation
217

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kemuka dokumen palsu untuk tuntutan

Johor Bahru – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berhubung dokumen palsu yang dikemukakan kepada sebuah kementerian di Putrajaya bagi proses tuntutan pembayaran balik subsidi minyak masak sawit tulen berjumlah lebih RM25,000, tiga tahun lepas.

Menurut sumber, pengarah wanita berusia 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada pukul 2.00 petang hari ini selepas hadir memberikan keterangan.

Sumber memaklumkan pengarah itu disyaki telah mengemukakan dokumen palsu berbentuk invois dengan menggunakan nama syarikat lain kepada kementerian terbabit, bagi proses tuntutan berkenaan sepanjang tahun 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Wanita berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi permohonan reman, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu