Social
112

Pengarah Yayasan direman bantu siasatan kes rasuah projek pelitup muka

Kuala Terengganu – Seorang pengarah sebuah yayasan di Terengganu hari ini direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pengeluaran pelitup muka bernilai kira-kira RM9 juta.

Perintah reman selama tujuh hari hingga 30 Mac itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Wan Azianti Abd Salleh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, lelaki berumur 55 tahun itu ditahan di rumahnya di sini pada 4.30 petang semalam.

Katanya siasatan dibuat menurut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, kerana menerima suapan daripada pengarah syarikat sebagai balasan mencadangkan pelaburan usaha sama dengan syarikat itu untuk pengeluaran pelitup muka. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu