Social
102

Pengebom wanita mengandung 4 bulan

Jakarta –  Suspek pengebom berani wanita yang terlibat dalam insiden letupan di luar gereja di Makassar, Sulawesi Selatan baru-baru ini didakwa mengandung empat bulan.

Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo berkata, perkara itu dimaklumkan oleh jiran tetangga suspek, namun ibu bapanya tidak mengetahui perkara tersebut.

“Polis masih menunggu laporan forensik kedua-dua suspek dan perkara itu (mengandung) sukar untuk dipastikan kerana badan pengebom hancur berkecai.

“Bagaimanapun, polis akan memaklumkan sebarang maklumat terkini berhubung suspek dan juga insiden yang berlaku,” katanya kepada Kompas.com.

Terdahulu, identiti kedua-dua suspek pengebom sudah dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan merupakan pasangan suami isteri yang baru berkahwin selama enam bulan.

Jelas Listyo, pasangan itu dinikahkan oleh seorang anggota kumpulan militan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) sebelum kedua-duanya terlibat aktif dalam organisasi berkenaan.

“Pasangan suami isteri itu mula belajar cara-cara membuat bom menerusi media sosial.

“Mereka mengikuti kelas secara dalam talian dan pasangan itu masih muda iaitu merupakan golongan milenial,” ujarnya.

Sementara itu, Listyo turut menyatakan niat kedua-dua pasangan suami isteri itu untuk melakukan serangan sudah lama dirancang, selain mendapat sokongan JAD. – Kompas

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu