Nation
116

Pengerusi FINAS positif Covid-19

Kuala Lumpur – Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid disahkan positif COVID-19, berdasarkan daripada keputusan ujian saringan yang diperoleh, semalam.

Finas dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Zakaria akan menjalani tempoh kuarantin dan rawatan berdasarkan saranan dan pemantauan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sepanjang tempoh itu, segala urusan dan pengoperasian FINAS akan terus berjalan seperti biasa.

“Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu