New Delhi – Pengambaran filem Tamil membabitkan bintang India, Rajinikanth digantung pada Rabu selepas beberapa krew positif Covid-19.
Penerbit filem itu berkata, empat krew dijangkiti tetapi Rajinikanth diuji negatif.
Pengambaran filem itu yang sebelum ini tertangguh akibat perintah sekatan pergerakan, disambung semula bulan ini di Telangana, Hyderabad.
Kerajaan India meningkatkan kawalan Covid-19 selepas varian baharu dikesan di United Kingdom.
Jumlah kes positif baharu dalam tempoh 24 jam adalah 23,950, menurut Kementerian Kesihatan pada pagi Rabu. — Bernama