Social
211

Pengganggur didakwa bunuh teman wanita

Taiping – Seorang penganggur berhadapan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman wanita yang mayatnya ditemukan reput di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Khairul Nizam Ibrahim, 34, didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Norfahizatul Syahira Sopa, 32, di sebuah bilik di Jalan Taman Mawar, Simpang pada pukul 2 petang, 4 Oktober lalu.

Tertuduh yang juga orang pengawasan polis (OPP) mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd. Noh.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nurfarah Syahidah menetapkan 20 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Media pada 2 November lalu melaporkan, polis menahan seorang lelaki di Simpang, Taiping 29 Oktober lalu lalu berikutan penemuan mayat wanita yang telah reput di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang.

Lelaki yang juga penganggur itu ditahan selepas dua hari penemuan mayat mangsa.

Mayat wanita itu ditemui seorang pemandu lori setelah menjumpai tulang disyaki kaki manusia dalam keadaan tidak sempurna dan reput.

Turut dijumpai dalam bungkusan kain yang ditanam ialah rangka tulang dipercayai badan manusia dari bahagian kepala hingga pinggang dalam keadaan reput sepenuhnya.

Mangsa dianggarkan mati dalam tempoh antara dua atau empat minggu.

Berdasarkan soal siasat, lelaki itu mengaku bergaduh dengan mangsa yang juga teman wanitanya di sebuah rumah sebelum memukul wanita itu sehingga mati, lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu