Nation
312

Penghantaran Shopee tidak terjejas susulan pemeriksaan PDRM

Kuala Lumpur – Shopee memberi jaminan penghantaran bungkusan dari gudangnya tidak terjejas susulan pemeriksaan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat e-dagang itu berkata, akan terus beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan dan komited untuk menguatkuasakan semua langkah pencegahan yang telah dilaksanakan sejak Mac tahun lalu, demi keselamatan pekerja barisan hadapan dan pembeli.

Beliau berkata, langkah itu termasuk pembasmian kuman di gudang dan hub sebelum setiap syif, pemeriksaan suhu badan terhadap semua pekerja gudang dan penghantar Shopee Express sebelum memasuki premis dan/atau memulakan penghantaran serta penghantaran tanpa sentuh.

“Kami berharap kenyataan ini akan memberi penjelasan mengenai perkara ini dan pelanggan tidak perlu bimbang untuk mendapatkan keperluan anda dengan selamat di rumah,” menurut kenyataan itu.

Pada Sabtu lalu, pasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menjalankan pemeriksaan pemantauan SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 49 lokasi berasingan dalam bidang kuasa mereka, termasuk gudang Shopee di Shah Alam.

“Satu isu sudah dikenalpasti di gudang kami. Ia disebabkan oleh kesalahfahaman SOP berkenaan pendaftaran pekerja sambilan harian dalam Sistem Pengurusan Pintar COVID​-19 (CIMS). Akibatnya, Shopee disaman RM10,000,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat itu sudah bertindak segera mengikut arahan dan akan memastikan kejadian seumpama itu tidak akan berulang.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu