Social
280

Penghuni kuarters gempar tanah runtuh

Simanggang – Penghuni Kuarters Kerajaan Negeri di Jalan Kedang, di sini, gempar apabila berlaku kejadian tanah runtuh berdekatan penempatan mereka, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berkata, tanah runtuh itu berlaku kira-kira 5 meter dari bangunan kuaters kerajaan itu.

“Kami menerima panggilan telefon daripada pengadu mengenai kejadian tanah runtuh terbabit pada 6.30 pagi tadi.

“Sehubungan itu, tiga anggota BBP Sri Aman dikerah ke lokasi untuk mengesahkan kejadian dan membuat pemeriksaan.

“Pasukan itu melakukan ‘size up’ serta pemantauan di sekitar kawasan berkenaan dan kejadian itu membabitkan tiga kenderaan manakala tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kalangan mereka,” katanya.

Menurutnya, apabila mendapati keadaan selamat, operasi ditamatkan pada 7.29 pagi, lapor Harian Metro.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu