Social
124

Pengunjung, pemilik gimnasium dikompaun

Butterworth –  Keghairahan sekumpulan pengunjung melakukan aktiviti senaman membina otot di sebuah gimnasium di Jalan Bagan Luar, di sini mengundang padah apabila mereka dikenakan kompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh (SPP).

Bertindak melalui maklumat awam, sepasukan polis yang menjalankan operasi pematuhan SOP melakukan pemeriksaan di premis itu pada 5.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat sekumpulan pengunjung terdiri daripada lima lelaki berusia 36 hingga 52 tahun termasuk seorang remaja di bawah umur sedang melakukan aktiviti senaman di dalam gimnasium terbabit.

“Memandangkan aktiviti perniagaan ini bukan dalam perkhidmatan yang perlu, ia menjadi satu kesalahan pelanggaran SOP.

“Oleh itu, polis mengeluarkan kompaun ke atas empat pengunjung premis itu, masing-masing RM2,000 manakala pemilik gimnasium berusia 58 tahun pula dikenakan kompaun RM10,000 kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Noorzainy berkata, polis akan terus memantau perniagaan dalam perkhidmatan bukan keperluan yang didapati melanggar peraturan sepanjang pelaksanaan SPP.

“Orang ramai yang mengetahui terdapat aktiviti pelanggaran SOP diminta dapat terus menyalurkan maklumat bagi membantu pihak polis,” katanya. — Harian Metro

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu