Social
251

Pengurus bank rugi lebih RM32,000 ditipu

Raub – Hasrat seorang pengurus bank di sini untuk membuat pinjaman wang sebanyak RM250,000 tidak kesampaian malah terpaksa menanggung kerugian RM32,970 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud.

Pada Isnin lalu, mangsa melihat iklan pinjaman wang daripada sebuah syarikat dan mengisi maklumat peribadi seperti nombor telefon untuk dihubungi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata pada hari sama mangsa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang perkenalkan diri sebagai Kelvin.

“Suspek meminta mangsa memberikan nombor kad pengenalan dan slip gaji. Pada hari sama, Kelvin memberitahu pinjaman mangsa sebanyak RM250,000 diluluskan.

“Suspek juga meminta mangsa membayar yuran sebanyak RM1,250. Kelmarin mangsa memasukkan wang secara pindahan dalam talian ke dalam akaun yang diberikan oleh Kelvin,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari.

Beliau berkata, selepas itu mangsa diminta lagi untuk memasukkan wang atas pelbagai alasan dan memindahkan wang dengan enam kali transaksi ke lima akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM32,970.

“Semalam, mangsa cuba menghubungi Kelvin untuk bertanyakan mengenai pinjamannya namun suspek gagal dihubungi.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sini, semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu