Kuala Lumpur Post

Social

Pengurus besar agensi kerajaan antara 3 ditahan SPRM

KOTA BHARU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga pegawai kanan agensi kerajaan termasuk seorang pengurus besar disyaki terlibat rasuah malam Sabtu.

Menurut sumber, ketiga-tiga pegawai, masing-masing berumur 40, 47, dan 49 tahun itu ditahan selepas keterangan mereka diambil di Pejabat SPRM, antara 7.15 dan 8 malam.

Beliau berkata, mereka ditahan bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta dan menerima rasuah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pegawai berkenaan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi esok bagi mendapatkan perintah reman.