World
410

Peniaga 4 isteri mengaku tak bersalah pukul isteri ketiga hingga koma

Johor Bahru – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isteri ketiga yang sedang hamil sehingga koma, awal bulan lalu.

Tertuduh, Rosmaini Abd. Raof, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V. M Mabel Sheela.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang mempunyai tiga isteri itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isteri keduanya, Jahidah Nordin@Sylvester, 43.

Tertuduh didakwa memukul bahagian kepala, muka dan tangan serta menghentakkan kaki pada bahagian belakang tangan yang menyebabkan kecederaan parah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin di sini pada pukul 6 pagi, 4 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda serta 326A kanun yang sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd. Rahman menawarkan jaminan sebanyak RM30,000.

Tertuduh bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan atas alasan masih menanggung tujuh anak dan tiga isteri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua orang penjamin selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain tidak boleh mengganggu mangsa.

Tarikh sebutan semula kes pada 25 Julai depan.

Kosmo! pada 17 Mei lalu melaporkan seorang kakitangan awam di negeri ini terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini selepas dipercayai dibelasah suaminya dengan kejam. — Kosmo Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu