Nation
33

Peningkatan zon merah, Sabah dikenakan PKPB

Kuala Lumpur – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menukar status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sabah kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan peningkatan zon merah di negeri itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 33 lokaliti di negeri itu sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala zon hijau pula kian berkurangan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata 10 daerah di Kelantan iaitu Bachok, Jeli, Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menunjukkan kadar insiden yang semakin meningkat.

“Secara keseluruhan, KKM (Kementerian Kesihatan) mengesahkan status kes COVID-19 di kebanyakan negeri ketika ini menunjukkan trend tidak stabil serta nilai (R-naught) meningkat dan melepasi angka 1.0 sejak 20 hari yang lepas.

“Selain itu, berdasarkan pemantauan kes COVID-19 di Malaysia, KKM mengesahkan bilangan kluster berkaitan aktiviti sosial dan pendidikan bertambah sejak dua minggu kebelakangan ini,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu