Social
121

Penjaga reban ayam didakwa bunuh lelaki

Kota Bharu – Penjaga reban ayam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sulaiman Yaacob, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga warga Thailand itu didakwa membunuh Mohd Daiylamien Mohd Ashari, 38, di reban ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas di sini, pada 11.30 malam hingga 11.46 malam, 19 Mei 2021.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Ogos nanti sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penjaga reban ayam menikam seorang lelaki sehingga mati selepas mangsa terpijak kepalanya ketika sedang tidur.

Suspek yang dikenali sebagai Man Siam itu kemudiannya melarikan diri selepas kejadian sebelum ditahan polis pada 2 petang ketika bersembunyi dalam semak berdekatan lokasi kejadian pada 20 Mei lalu. – Harian Metro

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu