RAWANG — Seorang lelaki maut ditembak di Kampung Baru Kundang, di sini, awal pagi ini.
Ketika kejadian jam 2 pagi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berbalas tembakan dengan sekumpulan individu yang juga penjenayah dikehendaki.
Dalam kejadian itu, mereka yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dipercayai enggan memberhentikan kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis.
Difahamkan, pasukan polis melepaskan tembakan balas dan mengenai seorang suspek, manakala beberapa suspek lagi dapat ditahan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan menerusi sidang media atau kenyataan media dalam masa terdekat.