Kuala Lumpur Post

Social

Penjenayah warga Afrika ditembak mati

SUBANG JAYA — Seorang penjenayah disyaki terbabit beberapa kes samun ditembak mati di kawasan PJS, Subang Jaya.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam tadi.

Katanya, suspek ditembak mati oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Lelaki berkenaan dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terbabit beberapa kes samun, katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway.

Katanya, butiran lanjut berhubung kejadian akan dikeluarkan Hussein dalam masa terdekat.