Social
211

Penolong Pegawai Perubatan dipenjara, denda

Ayer Keroh – Seorang Penolong Pegawai Perubatan daerah di Melaka dipenjara dua bulan dan denda RM17,500 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, tadi, selepas mengaku salah menyalahguna jawatan dan kedudukannya tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Zamry Yazid, 45, yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Jasin membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menggunakan kedudukan dan jawatan bagi pembelian peralatan perubatan iaitu kertas ultrasound bagi klinik kesihatan bernilai RM3,500 melalui syarikat milik adiknya.

Mohd Zamry turut didapati bersalah atas 13 lagi pertuduhan lain mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 berdasarkan Seksyen 171 Kanun Prosedur Jenayah.

Tertuduh membayar denda berkenaan dan hakim memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula semalam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat, manakala Mohd Zamry diwakili peguam, Mohd Zulfiqri Zakaria, lapor Harian Metro.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu