Social
34

Pensyarah minta rasuah ditahan

Johor Baharu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pensyarah lelaki hari ini, kerana meminta dan menerima rasuah daripada pelajar.

Menurut sumber, lelaki berusia 29 tahun yang bertugas di sebuah akademi swasta, ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira 2 petang tadi.

Menerusi hasil siasatan, lelaki tersebut didapati meminta dan menerima wang rasuah daripada lima orang pelajar akademi berkenaan tahun ini, masing-masing RM300.

Ia sebagai untuk mengubah keputusan ujian subjek ‘Animation 2 – Rigging’, daripada gagal kepada lulus.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan dipenjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terbabit. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu