Nation
146

Penumpang tren, bas dijangka meningkat 80% pada 2022

Penumpang – Prasarana Malaysia Bhd meramalkan peningkatan bilangan penumpang untuk perkhidmatan tren dan bas di bandar hingga 80 peratus pada tahun depan, berbanding sejak awal pandemik tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata unjuran itu dijangka mencapai tahap pra-pandemik pada 2019, sejajar pembukaan semula ekonomi negara.

“Dari segi persediaan untuk memasuki endemik, kami akan selalu memastikan perkhidmatan selamat dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti dinasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Mengenai kesan disebabkan COVID-19, beliau berkata, purata harian jumlah penumpang Prasarana 380,000 orang pada 13 Oktober lalu, menurun di antara 40 peratus dari 2020 dan sekitar 70 peratus di peringkat pra-pandemik pada 2019.

“Jadi, kami mengharapkan sokongan kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan kami,” katanya.

Mohd Azharuddin menjangka kerajaan melanjutkan pas perjalanan tanpa had My30 dan menyokong masa depan lebih lestari untuk sistem pengangkutan awam dalam Bajet 2022 akan datang.

“Kami tidak sabar menggantikan semua bas yang berusia dengan kenderaan elektrik (EV) dan menyasarkan dapat berbuat demikian sepenuhnya menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata, Prasarana turut merancang menaik taraf perhentian bas dan laluan pejalan kaki di Lembah Klang sebagai sebahagian daripada inisiatifnya meningkatkan ketersambungan ‘first mile last mile’ dan pengalaman pelanggan.

Baru-baru ini, Prasarana melaksanakan lima langkah jangka pendek daripada 23 cadangan bertujuan menambah baik operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya berikutan kemalangan dua tren pada Mei 2021, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu