Social
216

Penuntut jadi mangsa serakah bomoh

Semarang – Malang berganda buat seorang remaja di Jawa Tengah, Indonesia yang kononnya mahu menggugurkan kandungan, sebaliknya dia menjadi mangsa serakah bomoh yang menawarkan khidmat berkenaan.

Penuntut sekolah menengah berusia 16 tahun itu dirogol bomoh berkenaan sebanyak tiga kali dalam satu upacara digelar ‘memindahkan janin’ kepada wanita lain, 18 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Kebumen, Arwansa berkata, mangsa dihantar keluarganya mendapatkan khidmat bomoh itu bagi menutup aib keluarga berikutan hamil anak luar nikah lima bulan.

“Mereka mendengar upacara pemindahan janin ke rahim wanita lain, sebelum bersetuju menghantarnya ke rumah bomoh itu.

“Upacara itu berlangsung selama seminggu dan mangsa diwajibkan tinggal di rumah suspek dalam tempoh itu manakala keluarganya diarahkan pulang ke rumah mereka di Magelang,” katanya dalam portal Kompas.com.

Katanya, suspek mula memainkan peranannya menjalankan upacara itu dengan pelbagai jampi sambil mula merogol mangsa pada Sabtu lalu.

“Suspek licik menipu mangsa dengan mendakwa tindakannya itu antara sebahagian daripada upacara itu.

“Keesokannya, mangsa dirogol lagi dua kali hingga trauma,” katanya.

Menurutnya, rahsia bomoh berkenaan terbongkar selepas penduduk setempat curiga melihat mangsa murung di depan rumah suspek.

“Orang kampung melaporkan kes berkenaan kepada polis serta ibu bapa remaja itu selepas mangsa menceritakan apa yang berlaku,” katanya.

Suspek yang berusia 44 tahun itu berdepan tuduhan di bawah Akta Perlindungan Anak Menjadi Undang-Undang dengan maksimum penjara 15 tahun penjara serta denda maksimum 5 juta rupiah (RM1,425). – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu